Dalam kejadian jam 4:30 petang itu, mangsa, Khairul Shahiran Che Ibrahim, 19, sedang mengemas rumah yang baru disewa bersama dua lagi rakannya.
Semasa sedang mengemas itu, Khairul Shahiran mengangkat sebuah kotak yang tidak diketahui isinya dan secara tiba-tiba kotak itu meletup menyebabkan ketiga-tiga mereka mengelami kecederaan.
Ketiga-tiga mangsa kini dirawat di wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Dalam pada itu, pihak polis kini sedang menyiasat bahan yang terdapat dalam kotak misteri itu.