12 November 2014

Meneruskan kesinambungan rangkaian peranti Lumia, Nokia sekali lagi menampilkan siri terbaharu dengan memperkenalkan Lumia 1520, telefon bimbit pintar pertama dibina yang memperlihatkan skrin paparan terbesar dalam sirinya.

Dengan saiz skrin seluas 6 inci, teknologi PureView 20 megapiksel turut menjadikan Lumia 1520 lebih istimewa dengan imej yang lebih jelas dan tajam menerusi paparan berdefinisi tinggi (HD) 1080p.

Menurut Ketua Pemasaran Pan Asia Nokia, Gary Chan, peranti ini turut dilengkapi oleh sistem penstabil imej (OIS) untuk menjadikan imej lebih tajam walau dalam suasana cahaya suram.

Bagi melengkapkan sistem tersebut, Lumia 1520 turut diperhebatkan dengan Rich Recording yang memberikan kefungsian audio yang berterusan sekali gus menjadi bukti baru inovasi telefon pintar.

''Selain itu, fungsi Storyteller yang terdapat pada peranti ini membolehkan imej yang dirakam boleh diintegrasi dengan lokasi bagi memadankan kronologi perjalanan pada peta,'' katanya ketika majlis memperkenalkan Lumia 1520 di ibu negara baru-baru ini.

Lumia 1520 turut mempunyai ciri-ciri perkhidmatan Nokia seperti HERE yang mempunyai kemudahan perkhidmatan lokasi bersepadu HERE Maps serta LiveSight yang berfungsi sebagai pencarian tempat untuk rakaman gambar dengan mudah dan pantas.

Dijana oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 800 serta platform terbaru sistem operasi Windows Phone 8, telefon bimbit pintar ini turut diperhebat dengan penambahan kolum pada skrin home sekali gus membolehkan pengguna meletakkan aplikasi penting pada butang home.

Menerusi aplikasi awanan SkyDrive pula, pengguna boleh berkongsi gambar media sosial bersama ahli keluarga atau teman rapat.

Lumia 1520 akan berada di pasaran bermula minggu pertama Disember bagi Lembah Klang manakala kawasan lain pada pertengahan bulan dengan harga RM2,159.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!