23 November 2014

 
Bermula daripada kemenangan dalam pencarian Dewi Remaja 2010, haluan hidupnya semakin cerah bukan sahaja dalam industri hiburan malah sebagai usahawan.
 
Siapa lagi kalau bukan, Neelofa yang dilihat rezekinya sentiasa melimpah ruah dan mampu bergaya mewah meskipun umur baru menjangkau 25 tahun.
Lihat sahaja kemampuannya membeli kereta Aston Martin DB9 minggu lalu dan terbaru, foto pejabat barunya yang dikongsikan di akaun Instagram.

Jom kita tengok pejabat baru Neelofa..
 

 
Memang besarlah pejabat pengacara Meletop ini!
Neelofa sememangnya layak menerima semua ini, lagi-lagi kejayaannya meluaskan perniagaan yang mendapat sambutan hangat peminat fesyen wanita.
 
Dengar-dengarnya office ini bakal jadi tempat terletaknya semua produk keluaran Neelofa seperti Naelofar Abaya & Casual, Naelofa Hijab, Bokita, LF Lens dan sebagainya.
 
Nampaknya, Neelofa boleh dijadikan inspirasi anak-anak muda di luar sana untuk berjaya dalam perniagaan.
 
 


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!