9 November 2014


REMBAU - Seorang pelajar perempuan yang dilaporkan telah hilang di Gunung Datuk selepas mendaki gunung itu seorang diri berjaya dijumpai dalam keadaan selamat. 

Penuntut Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Alor Gajah yang bernama Glausia a/p Galayan, 20 dari Sarawak ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar pukul 8.47 malam tadi pada ketinggian 263 meter.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan di kaki.

Sebuah pasukan mencari and penyelamat yang dirangkumi anggota bomba, polis dan kakitangan Jabatan Perhutanan telah menyertai aktiviti mencari dan menyelamat.

Gunung Datuk mempunyai ketinggian 884 meter merupakan salah satu tarikan pelancongan di Negeri Sembilan.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!