25 November 2014


KAMPALA – Video yang menunjukkan seorang pembantu rumah mendera bayi 18 bulan telah mengejutkan rakyat di negara Uganda.

Pihak polis telah berjaya menangkap pembantu rumah itu atas dakwaan percubaan membunuh berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Dia akan dibicarakan pada 8 Disember ini.

Atas kecurigaan, ibu-bapa bayi tersebut telah memasang CCTV secara rahsia dan telah melihat pembantu rumah menolak anak perempuan mereka ke atas lantai, menendang muka sebelum memijak bahagian belakang tubuhnya. Dia juga telah mengheret bayi yang tidak bermaya itu.

Ketua agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Uganda, Aida Girma berkata ''sebarang keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima dan pesalah harus dikenakan hukuman yang setimpal”.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!