9 November 2014


Identiti seorang bekas komander Tentera Laut (SEAL) Amerika Syarikat (AS) yang mengaku telah menembak mati ketua al-Qaeda telah diketahui umum semalam.

Robert O'Neill memberitahu akhbar The Washington Post dalam satu temu bual bahawa dia telah melepaskan dua das tembakan ke dahi Osama bin Laden. 

Seorang komando dan seorang bekas komando SEAL telah mengesahkan bekas prajurit berusia 38 tahun itu sebagai orang yang menembak dan membunuh Osama.

Menurut O'Neill, beberapa das tembakan turut dilepaskan oleh dua lagi komando SEAL, termasuk Matt Bissonnette yang menceritakan perihal serbuan terhadap Osama di kediamannya yang terletak di Abbottabad dalam bukunya, No Easy Day.

O’Neill membuat keputusan untuk mendedahkan identitinya kepada umum ekoran bimbang profilnya dibongkar oleh pihak lain. Kebimbangan bekas komando itu menjadi kenyataan apabila namanya disiarkan oleh laman web SOFREP awal minggu lalu.

Tindakan O’Neill dan Bissonnette itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan sebilangan anggota tentera AS.

Dalam sepucuk surat terbuka bertarikh 31 Oktober lalu, Laksamana Muda Brian Losey menggesa anggota komando SEAL supaya tidak mencari publisiti murahan. Komen berkenaan dipercayai dituju kepada O’Neill dan Bissonnette.

1 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

1 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!