26 November 2014


MEXICO – Siapa sangka ibu kepada tiga orang anak sebenarnya ketua kepada kumpulan pembunuh upahan profesional yang dinamakan Los Antrax yang terkenal di Mexico City?

Berbekalkan wajah jelita, Claudia Ochoa Felix menjalani kehidupan serba glamor dan begitu mewah hasil pendapatan dari perkerjaan yang unik itu.

Mendapat gelarannya ‘The Empress of Antrax’, Claudia pernah berkahwin dengan seorang ketua sindiket dadah, Sinaloa atau lebih dikenali sebagai 'El Chavo' Felix.



Pasangan yang dikurniakan tiga orang anak ini walaubagaimanapun bercerai selepas beberapa tahun bersama.

Bagi memastikan keselamatannya terjamin, Claudia setiasa diiringi sekumpulan lelaki bersenjata yang menjadi pengawal keselamatannya.

Khidmat skuad yang dipimpin ketua gangster wanita itu sering digunakan oleh kartel dadah paling berpengaruh di negara tersebut.

Januari lalu, pihak berkuasa telah menahan Jose Rodrigo Arechiga Gamboa, 33 yang merupakan ketua asal kumpulan Los Antrax. 


Penahanan berkenaan membolehkan wanita itu mengambil alih kedudukan kekasihnya sebagai ketua, sekaligus menjadikan kumpulan terbabit di bawah naungannya.

Wajah wanita berusia 27 tahun ini dikatakan mirip kepada selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian.

Claudia dilaporkan sering mendedah perihal diri dan kehidupannya sebagai seorang pembunuh upahan menerusi laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

The Empress of Antrax ini turut dikatakan memiliki laras automatik AK47 berwarna merah jambu yang dibuat khas untuknya.



Kredit gambar: uludagsozluk, latinopost, gutooka
SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!