25 November 2014


KUALA LUMPUR, 23 NOV 2014 - Bekas bintang Akademi Fantasia Musim 4, Hazwan Haziq Rosebi,26, selamat ditunangkan dengan Maisarah Mohd Sidki, 26, di kediaman keluarga kekasihnya itu di Setiawangsa, Kuala Lumpur kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Dalam majlis yang serba sederhana tetapi meriah itu serta dihiasi dengan latar belakang rona-rona manis dan lembut, rombongan ahli keluarga dan rakan-rakan Haziq yang seramai 70 orang telah disambut dengan penuh mesra oleh 80 ahli  keluarga dan rakan-rakan Maisarah. 


Rombongan pihak Haziq telah diwakili  bapa saudaranya, Haji Mohd Masro Ibrahim yang juga abang kepada arwah bapa Haziq, Rosebi Ibrahim yang telah baru saja meninggal dunia pada 3 September 2014 yang lalu, manakala pihak Maisarah diwakili bapa saudaranya, Mohd Nasir Salleh. 

Majlis pertunangan tersebut telah dimulakan sekitar jam 3,30 petang serta disempurnakan secara berbasa-basi mengikut adat Melayu dulu-dulu.

Ibu Haziq, Puan Aini Mamat kemudian  menyarungkan sebentuk cincin emas bertatah berlian di jari manis Maisarah yang kelihatan manis menawan mengenakan busana rona lilac rekaan Xema Su serta dikemaskan lagi dengan solekan Vie Xendaria.

Sebaik saja cincin emas bertatah berlian tersebut berjaya disarungkan, akhirnya termeterilah ikatan pertunangan di antara Haziq dengan Maisarah. 

Kedua-dua pihak keluarga Haziq dengan Maisarah juga bersetuju untuk mengikat tali pertunangan ini selama 10 bulan sebelum mereka diijabkabulkan sebagai suami isteri. 

Persetujuan di antara kedua-dua belah pihak keluarga ini telah pun dicapai sewaktu majlis merisik diadakan pada 30 Oktober yang lalu. 

Dalam majlis ini juga, rombong keluarga Haziq telah membawa 5 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran daripada pihak keluarga Maisarah. 

Maisarah ketika ditemui portal Murai memberitahu bahawa dia percaya Haziq mampu menjaga dirinya dengan baik serta mampu menjadi seorang bakal suami yang bertanggungjawab. 


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!