26 November 2014


Isu penyokong bola sepak Malaysia yang tidak dibenarkan masuk ke Singapura Ahad lepas dibangkitkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sehingga kini belum ada jawapan daripada pihak berkuasa Singapura mengapa segelintir penyokong dilarang memasuki negara itu.

Halangan kemasukan kepada penyokong Malaysia itu dibuat ketika mereka dalam perjalanan untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Myanmar dalam kejohanan AFF.

Twitter Ultra Malaya 07 antara yang berkongsi notis larangan dikeluarkan pihak kastam dan imigresen Singapura itu.

Dalam notis tersebut, individu itu tidak dibenarkan masuk kerana tidak layak mendapat pas pelawat mengikut polisi imigresen terkini negara itu.

Setiausaha agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Astro Awani memaklumkan, pihaknya masih menunggu adakah laporan yang dibuat itu adalah benar dan jika wujud kebenaran kepada dakwaan itu, adakah mereka membawa barang larangan?

Pihak berkuasa Singapura pernah menahan beberapa penyokong bola sepak Malaysia yang didakwa menimbulkan kekecohan di luar Stadium Jalan Besar, Singapura Mei tahun ini. 

September lalu, seorang penyokong Johor darul Takzim (JDT) dihukum penjara tujuh hari atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh di luar Jalan Stadium Besar.

Mohamed Kamil Kamal Basha dihukum penjara kerana didakwa merempuh garisan polis dan meninggikan suara kepada pegawai keselamatan dalam kejadian 20 Mei lalu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!