10 November 2014


PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan peruntukan Enakmen Agama Islam Negeri Sembilan menghalang lelaki Islam berpakaian dan berkelakuan seperti wanita adalah bercanggah dengan Perlembagaan sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Muhyiddin berkata, keputusan itu perlu diteliti semula kerana ia memberi kesan yang bukan sedikit kepada masyarakat, kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan Perlembagaan, malah turut membabitkan agama.

Tambahnya lagi, beliau dapat lihat ramai pemimpin agama yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut dan memahami reaksi mereka.

Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu memutuskan bahawa Undang-Undang Syariah Negeri Sembilan yang memperuntukkan hukuman terhadap golongan lelaki Islam berpakaian wanita di tempat awam adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!