13 November 2014


CAMERON HIGHLANDS - “Saya pun hairan kenapa gadis tempatan di sini terpikat dengan warga asing namun saya percaya mungkin ada faktor tertentu yang menyebabkan perkara itu terjadi.

Demikian kata Man (bukan nama sebenar) ketika menceritakan kisah warga asing terutama Bangladesh yang berjaya menawan hati gadis di tanah tinggi itu.

Menurutnya, walaupun keikhlasan warga Bangladesh ini boleh diragui, namun dengan pujuk rayu mereka menyebabkan gadis Melayu mudah terpikat.

“Warga asing ini hanya bermodalkan kata-kata manis dan layanan istimewa hingga mereka berjaya memukau hati gadis di sini untuk berkahwin dan menyerahkan segalanya kepada pasangan berkenaan.

“Ramai antara mereka ini mengambil kesempatan untuk mengahwini gadis-gadis di sini untuk mendapatkan taraf penduduk tetap,” katanya.

Menurutnya, lelaki warga asing berkenaan juga akan menggunakan lesen di atas nama isterinya untuk menjalankan perniagaan seperti kedai runcit seterusnya membawa rakan-rakannya yang lain untuk bekerja.

Sementara itu, Yahya Daud, 68, berkata, kes perkahwinan antara gadis tempatan dan warga Bangladesh di daerah ini seperti sudah menjadi lumrah.

Menurutnya, kebanjiran warga asing di daerah ini yang bekerja di dalam pelbagai bidang memberi peluang kepada mereka untuk memikat gadis-gadis tempatan.

“Perkahwinan dengan lelaki Bangladesh macam satu trend malah ada dalam kalangan sesebuah keluarga itu, dua adik beradik berkahwin dengan lelaki warga berkenaan,” katanya.

Menurutnya, biasanya majlis perkahwinan antara gadis tempatan dengan warga asing ini akan dibuat secara kecil-kecilan dan dihadiri saudara terdekat sahaja.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!