23 November 2014

Pergaduhan Ngeri Kongsi Gelap Mentakab Arasu Maut. Ini adalah kes yang melibatkan pergaduhan besar dua kumpulan kongsi gelap yang berlaku di Mentakab Pahang. Seperti yang telah biasa kita dengar kes-kes pergaduhan sebegini sebenarnya telah lama berlaku. Seperti biasa jika ada rasa tidak puas hati dan tiada jalan penyelesaian, maka pergaduhan pasti akan tercetus.
 
Seorang lelaki maut manakala empat lagi cedera parah dalam pergaduhan antara dua kumpulan kongsi gelap di Bukit Bendera, Mentakab dekat sini awal pagi Sabtu, menurut polis. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang Datuk Zakaria Ahmad berkata dalam pergaduhan kira-kira 3.20 pagi itu, mangsa P.Arasu, 44, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Polis percaya sebuah motosikal diletakkan di atas badan mangsa yang cedera parah sebelum motosikal berkenaan dibakar,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh pada Sabtu. Pergaduhan di hadapan rumah Persatuan Kebajikan Sukan dan Rekreasi di Bukit Bendera itu melibatkan penggunaan senjata tajam seperti besi dan kayu, katanya.
 
Zakaria berkata, empat mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini untuk rawatan dan akan ditahan untuk siasatan. “Polis sedang memburu anggota kumpulan yang terbabit dalam pergaduhan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta kesalahan merusuh,” katanya.
 
Semoga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dapat menyelesaikan kes ini dengan sebaik mungkin. Jika ianya hanya melibatkan mereka sahaja itu bukan hal kita. Namun dibimbangi ia akan melibatkan mereka yang tidak sepatutnya terlibat sama seperti orang awam atau penduduk sekitar kejadian.
 
Sudah pasti pihak polis negara kita akan bertindak dengan sewajarnya kes-kes yang melibatkan kongsi gelap ini. Ini adalah unutk menjamin keselamatan negara kita yang dicintai. Semoga negara kita akan bersih dari gejala kongsi gelap.
 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!