23 November 2014


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tawaran pinjaman sebanyak 110 peratus akan dipanjangkan kepada pembeli rumah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) daripada institusi-institusi kewangan terpilih.

Katanya, ini sebagai kelangsungan daripada usaha kerajaan bagi membantu dalam isu perumahan rakyat.

“Pembiayaan ini supaya semua pembeli mampu memiliki rumah, manakala 10 peratus lebihan pembiayaan adalah bagi menampung kos tambahan seperti guaman dan insurans.

“Juga, Skim Pembiayaan Sewa-Beli atau rent-to-own turut ditawarkan sebagai bantuan kepada golongan pertengahan memiliki rumah,” katanya dalam entri terbaru beliau di blog Najib.razak.com malam ini.

Najib dalam pembentangan Bajet 2015 di Parlimen pada Oktober lepas mengumumkan kerajaan akan menangani isu pemilikan rumah dengan harga berpatutan melalui pembinaan 80,000 unit rumah di bawah PR1MA dengan peruntukan RM1.3 bilion.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!