14 November 2014


Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membebaskan Qatar dan Russia daripada tuduhan rasuah dan ketika sama menolak proses undian semula diadakan untuk Piala Dunia 2018 dan 2011.

Laporan terperinci oleh Jawatankuasa Etika FIFA, hari ini menyebut tiada bukti yang sahih serta wujud satu kewajaran untuk membuka semula proses pemilihan hak tuan rumah.

"Laporan mendapati tiada apa yang dilihat dalam integriti proses bidaan hak tuan rumah Piala Dunia 2018 dan 2022," menurut laporan setebal 42 muka surat yang disiarkan oleh Hans Joachim Eckert, pengerusi jawatankuasa adjudicatory chamber.


"Penilaian ke atas proses bidaan Piala Dunia 2018/2022 kini ditutup untuk Jawatankuasa Etike FIFA."

Sementara itu, Qatar mengalu-alukan keputusan itu dan yakin mereka memenangi hak tuan rumah dengan 'cara yang bersih' mengatasi calon lain - Australia, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Laporan itu juga mendapati tiada bukti mengenai apa-apa salah laku oleh bidaan daripada Russia.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!