27 November 2014


Setelah lima belas tahun menyepikan diri, Ratu Dangdut Amelina akui tekad mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Namun Amelina berkata penampilannya kali ini lebih sopan dan sesuai dengan usianya  yang kini sudah  mencecah 40-an dan ibu kepada 6 orang anak.

"Sebenarnya sebelum ini sudah beberapa kali saya terfikir  untuk kembali tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa dan menunggu masa yang sesuai untuk saya lakukannya.


"Namun untuk comeback saya kali ini, ibu saya ada nasihat supaya saya bercakap dan pakai pakaian yang sesuai mengikut usia saya walapun saya mengambil keputusan untuk kembali dalam bidang  nyanyian.

"Maksudnya penampailan saya nanti tidak  lah terlalu seksi sesuai juga dengan status saya ibu kepada enam orang anak dan demi menjaga maruah diri dan keluarga.

"Lagipun, saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengar lagu dan suara saya sahaja," katanya kepada murai.com.my 

Penyanyi yang popular dengan lagu Asyik ini ditemui  dalam satu sidang media bagi mengumumkan dia kini sudah kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Mengulas mengenai penampilannya sebelum ini dikatakan sudah pun mula bertudung, Amelina memberitahu  ketika itu imej tersebut  digunakan supaya mengelak dirinya untuk dikenali.

"Jujur saya katakan yang semua itu hanya spekulasi kerana saya belum bertudung penuh. Namun saya akui gambar itu adalah saya yang mengenakan tudung ketika itu.

"Tetapi itu disebabkan terpaka bagi menutup wajah dan penampilan saya untuk mengelak dari sesiapa mengenali  diri saya ketika itu," jelasnya lagi.

Sementara itu, Amelina berkata, dia kini masih dalam proses mencari masa yang sesuai untuk proses rakaman bersama komposer Ajai dalam masa terdekat.

Dijangka single terbaru itu bakal dikeluarkan pada pertengahan Disember depan.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!