9 November 2014


Pihak polis di negara Britain telah menahan empat lelaki pada minggu ini selepas disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas agama Islam.

Antara suspek yang dikenal pasti ialah Yusuf Syed, 19, yang pulang ke United Kingdom (UK) selepas melawat Pakistan. Satu lagi lelaki yang ditahan dipercayai adalah sepupu kepada Syed. 

Ia difahamkan bahawa mereka telah merancang serangan pisau terhadap Ratu Elizabeth ketika lawatan ratu Britain ke satu tugu peringatan. Ekoran ini, pihak polis telah memperketatkan keselamatan untuk keluarga diraja dan ahli-ahli politik yang berprofil tinggi.  

Keselamatan di tempat awam seperti Whitehall dan Istana Buckingham juga dipertingkatkan.  

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!