24 November 2014


Seorang wanita berwarganegara Tunisia telah memenangi pertandingan ratu cantik khas untuk wanita Muslimah di Indonesia semalam.

Pertandingan ini telah menyaksikan penyertaan 18 finalis yang kebanyakkan mereka adalah wanita berkerjaya seperti saintis komputer dan juga pakar perubatan.

Peserta - peserta pertandingan ini diwajibkan untuk memakai tudung dan dinilai juga berdasarkan kebolehan mereka untuk membaca al - Quran dan diminta memberi pandangan peribadi mereka tentang Islam dalam dunia moden.

Ratu Muslimah 2014 dimenangi oleh Fatma Ben Guefrache dari Tunisia yang juga akan menerima hadiah seperti jam tangan emas, dinar emas, dan pakej umrah ke Mekah.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!