17 November 2014


KUANTAN – Lakonan seorang remaja perempuan bagi memperdaya pegawai pemeriksaan gagal apabila lupa mengenakan kain sarung terhadap telekung yang dipakainya.

Gadis berusia 21 tahun itu kononnya baru selesai menunaikan solat Subuh telah membuka pintu bilik hotel dengan memakai persalinan untuk beribadat bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Operasi cegah maksiat di sebuah hotel murah di Jalan Sekilau menemui remaja berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga selepas di serbu pegawai pencegah maksiat semalam.

Pasangannya yang juga berusia 20-an dan bukan muhrim pula dijumpai menyorok di atas almari dalam keadaan tanpa pakaian di dalam bilik tersebut. 

Dalam serbuan jam 6.30 pagi itu, lelaki berkenaan memberikan alasan datang ke bilik pasangan untuk meminjam seterika. Bagaimanapun alasan lelaki itu tidak diterima oleh pegawai JAIP kerana mereka berdua dalam keadaan yang mencurigakan dan tidak menutup aurat.

Kedua-duanya ditahan atas tuduhan berkhalwat ekoran gagal menjawab pelbagai soalan anggota penguat kuasa JAIP. Mereka dibawa ke pejabat Kuantan untuk siasatan lanjut dan sesi kaunseling.

Kredit gambar: mymediahubonline

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!