26 November 2014


Berita baik kepada gadis di Swaziland. Mereka akan dibayar kira-kira RM58 sebulan sekiranya berjaya mengekalkan dara dan mengelakkan daripada melakukan hubungan seks.

Bayaran berkenaan dilaporkan telah diluluskan oleh raja playboy Swaziland, Mswati III, sebagai insentif bagi mengelak penularan HIV di seluruh negara.

Maklumat lanjut untuk memastikan bagaimana untuk pemeriksa dara tidak didedahkan.

Program yang dikatakan dibiayai oleh Bank Dunia itu, akan menawarkan bayaran berkenaan setiap bulan, ketika dua pertiga daripada populasinya mempunyai pendapatan kurang daripada RM3.15 sebulan.

Namun ramai yang menyifatkan insentif tersebut sebagai alasan semata-mata sebaliknya Mswati, yang sudah mempunyai 15 isteri hanya ingin memastikan bahawa bakal isterinya kelak bebas daripada penyakit.

Setiap tahun, raja playboy itu akan memilih anak dara untuk dijadikan isterinya dalam satu majlis. Bulan lepas dia memilih seorang gadis berusia 19 tahun untuk menjadi isteri kelimanya.

Ketika ini kadar penularan HIV di Swaziland berada pada tahap 26 peratus dan merupakan antara negara yang tertinggi mempunyai penyakit HIV.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!