11 November 2014

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keadaan kesihatannya agak kurang baik dan perlu banyak berehat, lapor Harakahdaily.

Lidah rasmi PAS itu juga melaporkan Abdul Hadi sejak kebelakangan ini tidak lagi aktif memenuhi undangan ceramah parti.

"Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar," Abdul Hadi dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi juga dilaporkan hanya membahaskan Bajet 2015 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Isnin dalam tempoh tidak lebih dari 10 minit.

Mei lalu, Abdul Hadi dimasukkan ke Hospital Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika menghadiri program di negara tersebut.



Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau aktif seperti biasa.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!