19 November 2014


Pelakon cantik Diana Danielle, 23, menjelaskan dakwaan berhubung isu melarikan diri daripada ditemuramah oleh pihak media dalam satu majlis yang berlangsung beberapa minggu lalu hanyalah salah faham.

Menurut Diana dia telah menerima arahan daripada pihak perhubungan awam majlis tersebut supaya pulang kerana kerja yang dilakukannya sudah selesai.

“Sebenarnya bukan saya sendiri yang ingin meninggalkan majlis tersebut tetapi saya telah menerima arahan daripada pihak perhubungan awam Kotex yang menyuruh saya tinggalkan acara itu memandangkan kerja saya sudah selesai.

“Kebetulan pula pada waktu itu saya baru sahaja pulang dari Jakarta dan agak letih jadi bila saya menerima arahan untuk pulang maka saya fikir mungkin mereka nampak saya penat dan mereka faham keadaan saya.

“Tidak dinafikan bahawa saya juga tertanya-tanya kepada media yang ingin menemuramah saya kerana sebelum ini mereka ada memberitahu bahawa akan ada sesi temubual dan saya juga sudah bersedia,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-tonton filem terbaru suaminya Farid Kamil yang berjudul ‘Kaki Kitai’ bertempat di Setia Walk, Puchong pada Isnin.

Bagaimanapun aktres ini tidak kecewa dengan tuduhan negatif yang dilemparkan dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya hanya dijemput dan mereka yang yang menguruskan majlis itu lebih tahu jadi saya sebagai orang yang diundang hanya mengikut sahaja.

“Saya percaya mereka ada alasannya tersendiri dan saya juga tidak menyalahkan mana-mana pihak… Bagi saya yang berlaku ini hanyalah salah faham dan kalu boleh saya tidak mahu perkara ini dipanjangkan.

“Saya juga tidak berasa kecewa dengan dakwaan yang diberikan kepada saya kerana saya sudah lali dan terima dengan hati yang terbuka.

“Saya dengan seikhlas hati memohon maaf kepada pihak media yang terasa dengan saya pada hari tersebut.” ujarnya menghakhiri perbualan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!