14 November 2014


KUALA LUMPUR, 13 NOVEMBER 2014: Ikon bola sepak terkenal dunia, David Beckham nampaknya telah menjadi perhatian ramai selebriti terkenal tanah air ketika muncul dalam sebuah majlis eksklusif di pusat hiburan terkenal di ibu negara malam tadi.
Hadir disisi pereka fesyen tersohor Datuk Jimmy Choo, kemunculan David Bechkam telah dirakamkan ratusan lensa kamera dan tidak ketinggalan wajah-wajah popular tempatan yang merakamkan foto bersama-sama.
Antara selebriti tanah air yang tidak mahu melepaskan peluang bergambar dengan bintang sukan berkenaan iaitu Amber Chia, Deborah Henry, Andrea Fonseka dan tidak ketinggalan dua pereka fesyen terkenal tempatan iaitu Melinda Looi dan Kenny Loh (Lord’s Tailor).

Foto-foto candid mereka telah dikongsikan di laman Instagram masing-masing yang menjadikan kemunculan David Beckham di negara ini cukup mengejutkan ramai peminatnya di negara ini.
Amber Chia menerusi foto yang dimuat naik di dalam Instagram miliknya menulis “Don’t be jealous, girls! I met my idol”.
Manakala bekas Ratu Malaysia Universe, Andrea Fonseka 2004 pula menulis “Dinner with Becks last night. He was polite, charming and extremely humble with no airs at all. Thank you Dato Jimmy Choo for having me,” katanya.
Perkara yang sama diakui oleh pereka fesyen Melinda Looi yang menyifatkan David Beckham seorang yang merendah diri.
Sementara itu Kenny Loh dalam gambar yang dimuat naik telah melahirkan rasa terujanya apabila dapat bertemu dengan ikon gaya dikenali ramai itu dan tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama-sama.
Tidak keseorang, kehadiran David Beckham ke negara ini turut ditemani seorang usahawan, penerbit TV terkenal Simon Fuller yang cukup popular menerusi program American Idiol.
Sebelum Kuala Lumpur, David Beckham telah berada di Shanghai, China bagi melancarkan produk serupa yang menjadi jenama francais terkenal di seluruh dunia.
David Beckham sempat merakamkan foto eksklusif dengan gaya kasual bersama-sama Datuk Jimmy Choo sempena kemunculan singkat di negara ini.






0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!