27 November 2014


Penyanyi yang semakin popular di tanah besar China, Shila Amzah telah dinobatkan sebagai Ikon Wanita Puteri UMNO tahun ini kerana kecemerlangannya dalam bidang nyanyian yang dilihat boleh memberi inspirasi kepada golongan muda lain.

Memetik The Star, bapa Shila, penyanyi ND Lala telah tampil menerima menerima anugerah tersebut daripada Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, sebentar tadi.


Shila juga sempat merakam video ucapan penghargaannya di atas penganugerahan itu dengan berkata, “untuk semua wanita muda yang sedang mendengar ucapan saya, saya berharap anda mendapat kekuatan untuk berkhidmat kepada parti dan membawa belia ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Tahniah diucapkan buat Shila Amzah dan semoga terus sukses dalam kerjaya nyanyian baik di Malaysia mahupun di China! 


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!