14 November 2014


Tidak mengejutkan apabila Nik Abduh menyalahkan Thailand atas masalah HIV dan AIDS yang tinggi di Kelantan. Sikap menuding jari dan menganggap diri maksum merupakan sikap semulajadi PAS sejak azali lagi. 

Namun, apa yang menarik untuk dibincangkan ialah bagaimana PAS mengkalisifikasikan dosa manusia. Dalam keadaan PAS gagal mengekang masalah moral, aktiviti pelacuran dan dadah, kerajaan negeri itu begitu tegas dalam menangani masalah solat Jumaat dan juga aurat. 

Nampaknya, bagi PAS, aurat lebih penting dari akhlak iaitu tidak apa jika seorang gadis menjadi pelacur asalkan beliau berpakaian menutup aurat. 

Atau tidak apa ingin melanggan pelacur asalkan tidak tinggal solat Jumaat. 

Tindakan PAS jelas memperlihatkan pegangan Islam secara luaran dengan mengabaikan isinya. Sedangkan akhlak merupakan asas Islam dan ditekankan jauh lebih awal daripada solat. Malah, apa yang lebih asas lagi dari akhlak ialah 'kebersihan' tetapi Kelantan ternyata terkenal sebagai negeri yang kotor. 

Apa yang PAS lakukan bolehlah diterjemahkan sebagai ingin membina rumah dengan menaikkan bumbung terlebih dahulu tanpa meletakkan tiang asas. Akibatnya adalah keruntuhan akhlak yang teruk walaupun pada lahirnya berpakaian muslim dan muslimah. 

Selain kebersihan dan akhlak, Islam turut menekankan ilmu. Malangnya, pemimpin PAS menterjemahkan ilmu sebagai ilmu agama semata-mata. Sedangkan ilmu yang disaran tuntut oleh AlQuran ialah ilmu dari alam semesta, yakni ilmu sains dan matematik. 

Otak yang tidak diisi dengan ilmu akan dipenuhi nafsu. Maka, tidak hairanlah jika Kelantan menghadapi masalah moral yang teruk sehingga sanggup mencari pelacur melangkaui sempadan walaupun pada dasarnya mereka cukup solat dan menutup aurat. 

Ceramah dan kuliah agama terbukti tidak cukup untuk melahirkan masyarakat yang baik dan berakhlak mulia. Hanya ilmu yang mampu mengatasi masalah moral secara berkesan. Pencarian ilmu membantu otak bekerja lebih keras untuk berfikir mengenai perkara yang lebih penting sekali gus, mengelak dari terlalu melayan nafsu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!