17 November 2014


Kerajaan Negeri Kedah akan melaksanakan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah (PBSSR) dalam tempoh terdekat ini, bagi meringankan beban golongan rakyat berpendapatan rendah yang masih belum mampu membeli rumah sendiri.

Semasa membentangkan Bajet Kedah 2015 bertema ‘Ekonomi Modal Memakmurkan Rakyat,’ Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, kerajaan negeri amat menitikberatkan keperluan rakyat untuk membeli rumah tetapi tidak melupakan golongan yang belum mampu membeli rumah dan terpaksa menyewa.

“Kerajaan negeri masih meneruskan Program Rumah Transit dengan bayaran sewaan yang amat rendah. Namun, kemampuan kerajaan terbatas dan tidak dapat membina lebih banyak Rumah Transit di seluruh Kedah.

“Kerajaan percaya dengan Bantuan Subsidi Sewa Rumah, ia dapat meringankan beban rakyat yang amat memerlukan," katanya di Dewan Undangan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Pembangunan perumahan di Kedah khususnya dalam menyediakan Rumah Mampu Milik (RMM) bagi 2013 dan 2014 telah mencapai sasaran kerajaan negeri dengan menyediakan 6,000 unit RMM setahun

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!