17 November 2014


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepada dirinya untuk menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) atau tidak.

“Saya tidak perlu diminta (hadir), (kalau) saya hendak hadir, hadirlah,” kata Hadi yang dipetik dari portal The Malaysian Insider.

Ditanya jika beliau akan hadir ke mesyuarat yang PR akan datang, Hadi memberikan jawapan yang sama.

“Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir," katanya.

Sebelum ini, Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi bagi mendesak Abdul Hadi hadir ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan Pakatan Rakyat, gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP serta PAS, berdaya maju dan mendapat keyakinan pengundi.

Guan Eng secara terbuka turut menggesa Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat berkenaan selepas beberapa bulan Presiden PAS itu gagal berbuat demikian.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara berkenaan sepatutnya tidak dipersoalkan kerana Abdul Hadi mempunyai alasan tersendiri tidak dapat berbuat demikian.

"Dia (Abdul Hadi) tidak datang mesyuarat disebabkan malas atau uzur? dia uzur. Kenapa paksa orang uzur hadir mesyuarat.

"Kerja 'orang bodoh' ini (mempersoalkan ketidakhadiran Hadi)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu pada Ahad.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!