Penyanyi dan pelakon Syarif Sleeq sah bergelar suami kepada Malaque Mahdaly pada majlis akad nikah yang berlangsung awal semalam. .
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Syarif melalui akaun Instagram (IG) miliknya dengan menggunakan hashtag(#) thesyarifs dan #liveupdate Majlis Pernikahan Syarif & Malaque.
Majlis perkahwinan yang bertemakan Arab itu berlangsung dengan meriah di negara kelahiran Syarif iaitu Singapura dan dihadiri oleh kedua-dua buah keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan media.
Syarif dan Malaque yang juga merupakan bekas peserta Singapore Idol musim ketiga itu telah mengikat tali pertunangan pada awal tahun 2012.