26 November 2014

Siapa cakap Taj Mahal hanya boleh ditemui di India? Huffington Post menyenaraikan beberapa tempat yang menyerupai istana yang dibina Shah Jahan untuk isterinya, Mumtaz pada tahun 1648 itu. Jangan terkejut kalau di Malaysia pun ada Taj Mahal!


Taj Mahal Sailboat (California, Amerika Syarikat)
Rumah perahu layar ini dibina pada pertengahan era 1970an dan dikatakan bernilai lebih RM2 juta.


Taj Arabia (Dubai, UAE)
Bakal siap dibina pada tahun 2016, ia disasarkan sebagai 'wedding destination' yang bernilai sekitar 1 bilion dolar!


Trump Taj Mahal (New Jersey, Amerika Syarikat)
Sebuah hotel kasino yang terkemuka milik bilionair Donald Trump ini memiliki salah satu bilik poker terbesar di Amerika Syarikat.


Taj Mahal Ipoh (Ipoh, Malaysia)
Ha, siapa cakap nak tengok Taj Mahal kena keluar duit banyak untuk ke India? Di Malaysia juga ada Taj Mahal yang terletak di Ipoh, Perak. Stesen kereta api ini dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana pengaruh seni bina Moorish yang kuat.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!