23 November 2014

Juara pertama pertandingan realiti nyanyian American Idol, Kelly Clarkson kelihatan seperti masih dalam tempoh mengandung berdasarkan penampilannya di sebuah majlis di kota New York semalam. Namun begitu, Kelly kelihatan ceria dan tidak terkesan dengan fizikalnya kini yang sudah bergelar ibu dan isteri.
 
Dia yang mengahwini pengurusnya, Brandon Blackstock pada Oktober tahun lalu telah selamat melahirkan bayi pertama, River Rose pada Jun lalu.
Mengimbau semula ketika dia masih lagi mengandungkan anak perempuannya itu, Kelly awal-awal lagi memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang komitmen yang mewajibkan dia untuk segera kurus selepas melahirkan.

“Sudah sekian lama saya menjadi bahan gurauan dan ejekan mengenai tubuh badan saya, akhirnya kelak saya akan mempunyai alasan sendiri untuk kurus dan bukannya disebabkan kutukan mereka yang sedih itu,?
 
“Sebelum ini pun saya tidak pernah menjadi seorang model tinggi lampai bak Gisele jadi janganlah berharap saya akan bertukar menjadi seperti mereka. Lebih baik tidak terlalu meletakkan harapan tinggi kerana boleh kecewa kalau tak tercapai nanti,” ucapnya beberapa bulan lalu ketika diwawancara rancangan E!.
 
Kritikan mengenai bentuk tubuh Kelly Clarkson bukanlah perkara baru kerana sejak 2009 lagi isu ini sudah dimainkan pengamal media seluruh dunia.
“Saya gembira bila berat badan berubah-ubah. Ada waktunya kita makan lebih atau juga menunjukkan kita menjalankan cara hidup sihat jika berat badan berkurangan. Bila ada yang berbicara mengenai berat badan, saya akan bertanya adakah mereka mempunyai masalah dengan hal tersebut masakan saya sendiri tidak,”ucapnya lagi.
 
Penyanyi yang mencatatkan sejarah menjadi peserta pertama membawa gelaran American Idol yang kini telah memasuki musim ke 14 pada tahun 2001. Semenjak itu dia terus mengekalkan populariti dan disifatkan antara juara yang kekal berada dalam industri hiburan walaupun dibanjiri pelbagai rancangan realiti dan pemenang American Idol yang membawa gelaran sama.
 
 
 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!