12 November 2014


Seorang supermodel Itali, Claudia Romani, telah membuat keputusan untuk meninggalkan dunia modeling. Ini kerana Claudia telah menemui satu kerjaya lain yang lebih menarik, iaitu pengadil perlawanan bola sepak!

Wanita berusia 32 tahun ini baru sahaja lulus ujian dan berjaya memiliki semua lencana pengadil yang akan melayakkannya menjadi pengadil untuk mana-mana perlawanan Serie A dan Serie B. 

Dengan ini, Claudia secara rasminya adalah pengadil perlawanan bola sepak wanita pertama di Itali.

Si cantik ini sebelum ini bukan calang-calang peragawati. Dia pernah memperaga untuk majalah Maxim dan GQ, selain pernah tampil dalam iklan Toyota, Samsung dan Ford. Pada tahun 2012, Claudia diiktiraf wanita tercantik, menewaskan Sofia Vergara dan Megan Fox. Dia juga terpilih sebagai Bikini Body of the Year, mengalahkan calon-calon lain seperti Adriana Lima dan Naomi Campbell.

Kata Claudia tentang kerjaya baharunya, "Berlari di sekeliling padang dan membuat keputusan dalam perlawanan adalah satu peluang yang hebat".

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!