27 November 2014


Seorang remaja perempuan telah meninggal dunia di utara India selepas sekumpulan lelaki membakarnya sebagai hukuman kerana menentang percubaan mereka untuk mencabul dia.

Insiden ngeri ini adalah kes terbaru di India di mana serangan seks ke atas wanita kerap berlaku di negara tersebut.

Polis telah menahan empat suspek itu.

Dilaporkan, kejadian ini berlaku selepas gadis berusia 15 tahun itu bertolak keluar dari rumahnya di Uttar Pradesh pada 16 November.

Menurut keluarga mangsa, anaknya telah diseret masuk ke dalam rumah oleh empat lelaki tersebut selepas dia membantah gerak isyarat lucah mereka dan apabila mereka cuba untuk menyentuhnya.

Kemudian, mereka menyimbah minyak tanah ke atas mangsa dan membakar gadis muda tersebut sebagai hukuman di sebuah kampung, di New Delhi.

Penguasa Tempatan RK Sahu berkata gadis itu meninggal dunia akibat kelecuran teruk di hospital tempatan pada malam Ahad.

"Empat daripada enam tertuduh telah ditangkap dan kesemua mereka menetap di kampung yang sama.” kata Sahu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!