13 November 2014



KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun mendakwa dirinya mengalami serangan seksual oleh seorang wanita.

Remaja berkenaan mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia menghantar wanita berkenaan pulang ke rumah.

Wanita yang tidak dikenalinya itu dikatakan menghampiri mangsa dan meminta untuk dihantar pulang kira-kira jam 10.30 malam Jumaat lalu.

Dalam laporannya, remaja berkenaan mengaku teragak-agak untuk berbuat demikian namun akhirnya mengalah.

Wanita tersebut dikatakan memeluk dan cuba mencium remaja itu ketika mereka berada di dalam kereta. Malah wanita itu juga meminta remaja itu menanggalkan pakaiannya.

Pergelutan berlaku sebelum wanita tersebut keluar dari kereta dan memasuki rumahnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!