19 November 2014


Sebuah syarikat pengeluar minuman keras, ArKay Beverages merancang untuk mencuba pasaran baru untuk produk mereka dengan menghasilkan produk 'arak halal' untuk pasaran muslim di seluruh eropah.

Produk minuman itu dikatakan tidak mengandungi alkohol ataupun memabukkan dan didakwa telah mendapat sijil pengesahan halal untuk penganut agama Islam dan masih menunggu pengesahan sijil Kosher untuk penganut agama Yahudi.

Laporan Astro Awani menyebut Presiden ArKay, Sylvie Grattagliano memberitahu wiski, vodka dan brandy ini halal dan akan dijual di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis pada tahun hadapan.

Selain vodka, brandy dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis gin, amaretto dan blue curacao dan telah berjaya menarik minat ramai orang untuk mencuba termasuk orang Islam sendiri dan ibu mengandung yang tidak boleh minum alkohol.

Beberapa jenama minuman sebelum ini seperti Barbican, Malta dan Nutri Malt pernah mencipta kontroversi kerana didakwa mengandungi sedikit alkohol dan dikeluarkan oleh syarikat arak terkenal Carlsberg yang tidak memperoleh sijil halal.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!