Erra Fazira tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti kekasihnya kepada umum memandangkan perhubungan yang dijalinkan itu masih lagi baharu.
Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, berkata, individu itu merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri lelaki idaman iaitu lebih berilmu pengetahuan berbanding dirinya.
"Saya akan dedahkan siapa pasangan saya apabila perhubungan itu ke fasa seterusnya. Yang penting dia bujang dan saya tidak mencari orang yang berharta.
"Cukuplah jika dia boleh membimbing saya dan berpengetahuan serba serbi lebih daripada saya," katanya kepada mStar Online.