4 Disember 2014


Musim cuti sekolah sudah pun tiba dan sama ada anda melancong melalui jalan raya atau menggunakan kapal terbang, ia penting untuk kelihatan segar semasa perjalanan ke destinasi anda.

Berikut adalah tips kecantikan ketika melancong yang boleh mengurangkan kebimbangan anda ketika perjalanan. 

- Anda dinasihatkan untuk menyimpan bekalan face wipes, pelembap muka, blotting paper, pensel celak dan juga lip balm supaya muka akan sentiasa segar dan bermaya.


- Perjalanan yang lama tentu akan meletihkan diri anda oleh itu pastikan menyimpan gel mata untuk mengelak muka lembam dan kurang bermaya.

- Urut dengan krim pelembap rambut dan ikatkan rambut dalam loose ponytail untuk mengelakkan rambut menjadi tidak terurus terutamanya ketika melancong dalam pesawat.

- Minum air dengan banyak semasa dalam perjalanan dan sapukan krim badan dan muka setiap empat atau lima jam.

- Gantikan minuman bergas dan keropok dengan buah-buahan segar, kacang almond yang akan memberi tenaga dan vitamin  yang diperlukan ketika melancong.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!