15 Disember 2014


Beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam sebuah kafe di tengah Sydney hari ini dengan bendera terpapar tulisan Arab di tepi tingkap, kata saksi dan laporan.

Polis pula berkata, mereka sedang menyiasat "insiden" berdekatan Opera House.

Martin Place yang terletak di tengah pusat perniagaan ditutup apabila polis lengkap bersenjata mengepung kafe coklat Lindt dengan rakaman televisyen menunjukkan bendera berwarna hitam dan putih dengan tulisan Arab dilekatkan di tingkap oleh pelanggan yang ketakutan.

Laporan menyebut sekurang-kurangnya 20 orang berada dalam kafe berkenaan dan sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata walaupun tiada maklumat daripada polis.

Polis hanya mengesahkan operasi sedang dijalankan.

Saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti tembakan senjata.

Seorang penerbit Channel Seven, Patrick Byrne, yang pejabatnya terletak bertentangan dengan kafe itu berkata, kakitangan stesen televisyen itu menyaksikan insiden berkenaan.

"Kami meluru ke arah tingkap dan terkejut apabila melihat orang mengangkat tangan ke arah tingkap di kafe itu. Ini memang sesuatu yang luar," katanya.

Australia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas kerajaan membangkitkan kebimbangan terhadap rakyatnya yang berjuang bersama kumpulan jihad di Iraq dan Syria mungkin pulang ke negara asal dengan membawa elemen radikal dan berupaya membuat serangan.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, mereka sedang mengendalikan "insiden itu" dekat Opera House walaupun polis tidak menyebut sama ada ia ada kakitangan kejadian di kafe.

"Polis sedang bertindak balas terhadap insiden di Opera House," kata jurucakap polis New South Wales.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!