30 Disember 2014


KUALA LUMPUR: Seorang pemilik rumah yang tiada di rumah di SS2, Petaling Jaya terkejut selepas pulang kerumahnya apabila  mendapati pintu rumahnya telah terbuka dengan kesan umpilan dan berselerak semalam.

Selepas menyedari kejadian itu beliau terus memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasangnya dan mendapati dua orang lelaki bertubuh sasa berseluar pendek telah memecah masuk rumahnya.

Suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an teah dilihat memecah masuk dengan mengumpil pintu hadapan rumah tersebut sebelum melarikan wang tunai RM20,000 dan juga beberapa barang beharga lain.


Pemilik rumah yang hanya mahu dikenali sebagai SUNNY, 38, berkata ketika kejadian dia dan keluarga tidak berada dirumah dan terkejut selepas pulang rumahnya dalam pukul 5 petang.

“Saya dapati rumah saya berselerak dan terus meneliti rakaman CCTV sebelum mendapati dua lelaki menceroboh masuk ke rumah saya."

“Seorang suspek memakai seluar pendek dan berbadan tegap. Sekali pandang, memang tak sangka mereka penyamun,” katanya, semalam.

Suspek dikenalpasti sebagai warga tempatan tetapi tidak dapat mengecam muka kerana mereka telah menutup muka semasa lalu di hadapan CCTV.

“Mereka tidak memakai topeng, tetapi cuba menutup muka dengan baju bagi mengelakkan wajah mereka dirakam,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di sini.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!