29 Disember 2014


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan terhadap sebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp yang menyatakan berlakunya aktiviti kanibalisme di Bukit Mertajam.

Pesanan tersebut mengatakan terdapat sekumpulan warga Myanmar di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang menculik wanita memakai tudung sebelum membunuh dan memakan mangsa.

PDRM dalam satu kenyataan rasmi pada hujung minggu lalu, mengesahkan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu.

Ia disebarkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk menakutkan orang ramai.

Pihak berkuasa turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas ekoran boleh membangkitkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!