9 Disember 2014


Pihak polis telah berjaya menahan seorang pemuda berusia 23 tahun yang telah mengugut aktres Bollywood, Madhuri Dixit serta meminta sejumlah wang. 

Praveenkumar Pradhan yang bertugas sebagai pelayan restoran telah mengugut untuk membunuh anak-anak Madhuri Dixit. Dia juga mendakwa mempunyai jaringan dengan kumpulan mafia India.

Pun begitu, Praveenkumar Pradhan telah pun berjaya diberkas oleh pihak polis pada Rabu lalu. 

Menurut pihak polis, Praveenkumar Pradhan telah membuat ugutan tersebut menerusi 4 mesej yang dihantar kepada pembantu, kira-kira jam 3 pagi pada 25 November lalu. 

Beberapa mesej lain yang berbaur ugutan turut diterima tiga hari selepas itu. Dalam salah satu mesej tersebut, 
Praveenkumar Pradhan mendakwa dia mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia, Chhota Rajan. 

Praveenkumar Pradhan juga memberitahu dia telah melatih seorang remaja lelaki berusia 15 tahun untuk menggunakan senjata api serta bom dan The accused said he had trained a 15-year-old boy in handling weapons and bombs and anak remaja inilah yang akan masuk ke rumah Madhuri Dixit untuk mengambil duit. 

Ketika diberkas, Praveenkumar Pradhan mengakui telah melakukan jenayah tersebut. 

Police ketika ini masih menyiasat sama ada dia benar-benar terlibat dengan kumpulan mafia atau sekadar mengada-adakan 
cerita tersebut. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!