16 Disember 2014


SINGAPURA -  Sepasang kekasih didakwa berbogel dan berasmara di dalam kolam jakuzi di Equarius Beach Villa, Resorts World Sentosa (RWS).

Dilaporkan, seorang wanita yang menyaksikan kejadian itu telah memuat naik gambar aksi melampau mereka ke laman web Stomp.

Menurut wanita tersebut, pasangan itu tidak menghiraukan orang lain termasuk kanak-kanak yang memerhati mereka berkelakuan tidak senonoh.

Menurut laporan Harian Metro, saksi yang dikenali sebagai Lee, 41 mendapat aduan dari kedua-dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan 11 tahun.  Mereka terlihat wanita terbabit tidak memakai seluar mandi.

Lee kemudian melaporkan kejadian ini kepada pihak pengurusan lalu mengarahkan kanak-kanak terbabit supaya tidak memandang pasangan itu.

Pasangan berkenaan hanya menghentikan perbuatan mereka selepas ternampak Lee mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!