30 Disember 2014


Masalah demam denggi tak harus diambil mudah.

Jika perkara asas seperti tidak menyimpan air bertakung dalam rumah sudah diketahui ramai orang, kita juga mesti peka tentang waktu nyamuk aedes gemar mengganas iaitu sekitar 6 pagi hingga 8 pagi dan 6 petang hingga 8 malam.

Fakta ini menunjukkan pemandu dan penumpang bas sekolah terdedah kepada gigitan aedes kerana ia adalah waktu mereka berada dalam bas untuk pergi atau pulang dari sekolah hampir setiap hari.

Justeru golongan dewasa terlibat terutama ibu bapa dan pengusaha bas sekolah mesti mengambil berat cara mencegah gigitan aedes pada waktu ini.

Antara langkah yang boleh diamalkan adalah menyembur aerosol racun serangga, memakai bahan penghalau nyamuk dan memakai pakaian bertutup seperti baju dan seluar panjang.

Harus diingat, demam denggi yang diakibatkan daripada gigitan aedes tidak mempunyai ubat khusus untuk merawatnya maka langkah-langkah kawalan dan pencegahan amat penting.

Bayangkan jika anak-anak anda terkena jangkitan demam denggi semasa pergi atau pulang dari sekolah, naya bukan?




0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!