21 Disember 2014


China - Seorang isteri disini telah berjaya membalas dendam terhadap suaminya yang curang bersama kembarnya dengan mengekori mereka menggunakan pengesan dalam telefon ke sebuah pusat membeli belah.

Ting Su, 29, yang mendapati suaminya, Cheng, 30 dalam keadaan berbogel di dalam sebuah kereta sedang bersama-sama dengan kembarnya.

Kerana terkejut, kedua-dua mereka melompat keluar dari kereta dalam keadaan berbogel.


Ting yang ternampak peluang untuk membalas dendam, kemudiannya masuk ke dalam kereta tersebut lalu memandu pergi meninggalkan kedua-dua mereka dalam keadaan memalukan tanpa seurat benag.


Seorang saksi You Meng, 33 berkata "Perkara ini sangat melucukan. Ramai orang yang berada berhampiran mengambil telefon mereka dan saya pun sama. Dia (suami) menghentak cermin kereta menggunakan lengannya dan menjerit kepada isterinya, tapi dia (isteri) tidak mengendahkan si suami itu."

Hasil dari perkahwinan Cheng dan Ting, mereka berdua kini mempunyai anak kembar yang baru dilahirkan baru-baru ini.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!