21 Disember 2014


PASIR MAS - “Jangan jadikan banjir sebagai pesta untuk bermain air dan awasi pergerakan anak-anak.

Itu peringatan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz  selepas beberapa kawasan di jajahan ini dilanda banjir.

Nik Abduh berkata, tanggapan banjir sebagai pesta untuk bermain air perlu diubah kerana tindakan berkenaan boleh mengundang bahaya.

“Walaupun ada beberapa penduduk kawasan di Parlimen Pasir Mas sudah biasa dengan situasi ini namun mereka tetap perlu waspada.


“Malang tidak berbau dan kita perlu sentiasa berhati-hati dengan situasi ketika banjir,” katanya ketika meninjau keadaan banjir yang melanda jajahan ini sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, kejadian lemas yang berlaku sebelum ini perlu dijadikan iktibar supaya ia tidak berulang.

Menurutnya, keselamatan perlu diutamakan kerana nyawa tidak boleh ditukar ganti.

“Saya minta seluruh rakyat untuk mengadakan solat hajat memohon supaya ALLAH  SWT  membebaskan kita semua daripada bencana banjir ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam proses pemindahan banjir di kawasan berkenaan.

“Saya berpuas hati dengan proses pemindahan mangsa banjir dan bantuan yang diberikan oleh pihak yang terlibat daripada sektor kerajaan, parti politik mahupun tenaga sukarelawan begitu prihatin.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu dan insya-ALLAH, saya akan terus menghulurkan bantuan untuk mengurangkan beban mangsa banjir,” katanya.-Sinar Harian



SUMBER
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!