31 Disember 2014



KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Johor meningkat semalam, manakala di Kelantan, Terengganu dan Perak dilaporkan terus menurun.

Dilaporkan, jumlah mangsa banjir di Pahang meningkat sedikit kepada 51,484 orang berbanding 51,434 orang di 264 pusat pemindahan. 

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, tujuh daerah iaitu Pekan menempatkan 10,441 orang, Jerantut (5,674 orang), Maran (4,098 orang), Kuantan (3,852 orang), Lipis (3,090 orang), Bera (2,879 orang) dan Rompin (166 orang).

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor kini meningkat kepada 153 orang melibatkan 43 keluarga semalam.

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir dilaporkan berkurangan sebanyak 15,546 orang kepada 142,930 berbanding 158,476 tengah hari, semalam. 

Manakala di Terengganu, jumlah mangsa turut mencatat penurunan daripada 24,962 orang kepada 24,894. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!