30 Disember 2014


Keadaan banjir di Pahang, Selangor dan Johor setakat sekarang dilihat sudah menunjukkan tanda surut tapi amat perlahan.

Jumlah mangsa banjir sudah mulai berkurang dari 33,225 ke 29423 manakala Johor dari 328 ke 175 dan Selangor pula semua pusat pemindahan sudah ditutup berbanding pagi tadi terdapat 33 orang mangsa.

Di Kelantan pula mangsa yang berada di pusat pemindahan telah banyak berkurang dari 93,000 orang mangsa banjir ke 31441 pada petang ini ekoran banyak kawasan yang terjejas teruk sebelum ini seperti di Kuala Krai, Gua musang dan Kota Bharu telah sedikit pulih dan banyk sudah kembali ke rumah masing-masing.


Bagaimanapun bagi mangsa banjir yang rumah mereka rosak teruk telah dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar tinggal dahulu di pusat pemindahan sehingga bantuan membaiki rumah dari peruntukan kerajaan diperolehi.

Walaubagaimanapun portal banjir negeri Kelantan menyatakan paras air Sungai Kelantan dan Sungai Golok masih di atas paras bahaya.



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!