30 Disember 2014


KOTA BHARU: Banjir buruk yang melanda Negeri Kelantan setakat ini telah mengorbankan 9 nyawa dan 4 lagi dilaporkan masih hilang sejak 17 Disember lalu dimana Kelantan mula dinaiki air.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata 3 kematian telah dicatatkan di Kota Bharu, 4 di Pasir Mas dan 2 di Tumpat manakala kes kehilangan pula 3 di Kuala Krai dan satu dilaporkan di Pasir Mas.

"Kesemua mangsa yang terlibat berumur 1 tahun hingga ke 60 tahun dan kami masih mencari mereka yang hilang sehingga sekarang." katanya.


Selain itu pihak polis juga telah menubuhkan pasukan rodaan bagi membendung kes jenayah pada musim banjir yang diketuai oeh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Lai Yong Heng



0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!