17 Disember 2014


CHERAS – Lima orang peniaga di Taman Megah terkesima selepas mengetahui bahawa wang RM20 yang diberi pelanggan semasa melakukan urus niaga didapati wang palsu. 

Sebahagian besar penjaja tidak sempat memeriksa ketulenan wang kertas berkenaan ekoran gerai masing-masing sedang sibuk dan sesak dengan pengunjung.

Kesemua mangsa tidak membuat laporan polis, namun saya sudah maklumkan perkara ini kepada polis dan berharap siasatan segera akan dijalankan,” ujar Adun Balakong, Eddie Ng Tien Chee.

Eddie Ng turut menerima aduan daripada seorang remaja yang menerima lapan keping wang palsu RM50 dikeluarkan dari mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Batu 11, Cheras.

Menurut Eddie, remaja tersebut mengeluarkan wang sejumlah RM2,000 daripada mesin pengeluaran wang untuk dideposit ke akaun milik rakannya menggunakan mesin deposit wang tunai di bank yang sama.

Walaubagaimanapun, mesin deposit terbabit tidak menerima lapan keping wang kertas yang kemudiannya didapati tidak dicetak dengan sempurna.

Pihak bank telah menggantikan wang kertas dengan nilai yang sama kepada mangsa selepas laporan polis dibuat.

Menurut Adun Balakong itu, beliau akan menulis surat kepada Bank Negara Malaysia untuk menggesa siasatan dilakukan terhadap kes. 

“Ketua Audit Negara juga digesa melakukan audit terhadap pencetak wang supaya tidak menimbulkan salah faham kepada mereka yang tidak bersalah kerana menyimpan wang palsu tanpa pengetahuan,” tegas Eddie Ng lagi.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!