2 Disember 2014


KEMBOJA - Hanya kerana bayi perempuannya dilahirkan sumbing, seorang bapa sanggup bertindak kejam dengan menanam anaknya itu hidup-hidup.

Bagaimanapun bayi yang malang itu terselamat setelah ditemui oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di satu kawasan pembuangan sampah.

Bapa bayi itu ditahan, namun dakwaan terhadapnya digugurkan.

Kisah bayi ini mendapat perhatian ramai termasuk seorang doktor yang menawarkan untuk melakukan pembedahan percuma ke atas Kong Put Samnang dan ia dijadualkan akan dijalankan hujung minggu ini.

Bapa bayi ini dikatakan bertindak menanam anaknya itu kerana merasakan sumbing anaknya itu akan kekal dan tidak dapat diperbetulkan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!