12 Disember 2014


ANHUI –  Ibu bapa seorang bayi yang tenat telah bersetuju untuk menamatkan rawatan perubatannya di sebuah hospital kanak-kanak di wilayah Anhui, China. 

Bayi itu mempunyai ‘’congenital respiratory system malformation" yang merupakan satu penyakit yang membawa maut. Oleh itu, sekeping sijil kematian telah dikeluarkan dan dia dihantar ke rumah mayat selepas dipercayai telah meninggal dunia.

Tetapi, kakitangan di rumah mayat terkejut apabila telah mendengar tangisannya dan dengan serta merta telah membawanya ke wad kecemasan untuk rawatan. 

‘’Bayi ini masih menunjukkan tanda keupayaan untuk hidup dan kami akan terus memberi rawatan atas sebab kemanusian,’’ kata seorang kakitangan di hospital itu. 

Ianya masih tidak jelas untuk berapa lama dia itu berada di rumah mayat. Perbuatan ini dikecam kuat oleh pengguna media sosial, Webo di China yang menyalahkan ibu bapa dan doktor yang terlibat kerana melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab.

Doktor yang terlibat telah digantung dari kerja dan dua orang jururawat dihentikan kerja . Siasatan untuk kejadian ini masih berterusan. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!