3 Disember 2014


Pemain skuad utama Real Madrid menerima sumbangan penghargaan kereta daripada Audi selaku penaja utama kelab itu.

Setiap tahun perjanjian itu menyaksikan pemain terbabit membawa pulang kereta Audi pilihan masing-masing dan tidak mengejutkan apabila Cristiano Ronaldo yang tangkas di padang turut pantas memilih model terkini ditawarkan syarikat pengeluar kereta mewah Jerman itu.

Penyerang Portugal itu memilih model S8 berkuasa tinggi memiliki 520 kuasa kuda dan pemain pertahanan, Sergio Ramos turut memilih model sama memenuhi cita rasa pemanduannya.

Kenderaan pilihan paling popular di kalangan pemain kelab gergasi Sepanyol itu adalah model Q7 iaitu kenderaan sukan pelbagai guna (SUV) yang mempunyai saiz lebih besar.

Gareth Bale, James Rodriguez dan Javier Hernandez adalah antara beberapa bintang Real Madrid memilih model itu yang memiliki 245 kuasa kuda (hp) dipacu oleh enjin TDI 3 liter.

Pemain baru ditandatangani, Toni Kroos mempunyai cita rasa lebih tinggi terhadap pemilihan kenderaannya iaitu S7 Sportback berupa sebuah coupe anggun dan tegap.

Raphael Varane, Dani Carvajal dan Alvaro Arbeloa memilih SQ5 sporty dilengkapi dengan enjin turbo kuasa berkembar disel yang memiliki kekuatan 313 kuasa kuda.

Sebelum majlis penyerahan kunci kereta ke atas pemain berkenaan, skuad Real Madrid itu diuji terlebih dahulu bagi mendapatkan kereta yang harganya jauh lebih rendah dari pasaran.

Dengan dibahagikan kepada dua pasukan, pemain terbabit terpaksa mengayuh basikal statik secara berganti-ganti sebelum melalui cabaran lain lebih mencabar fizikal selepas itu.

Mereka turut mengambil bahagian dalam acara tindak balas dan ujian keserasian bersama sebelum bergambar bersama kenderaan baru masing-masing dengan sesetengah kenderaan terbabit berharga lebih 100,000 euro (RM500,000).

Minggu lalu, skuad Barcelona juga diberi layanan seumpama itu menerusi acara sama.

Apakah model kereta Audi dipilih oleh pemain Real Madrid?
Cristiano Ronaldo-Audi S8 4.0
Gareth Bale-Audi Q7 3.0 TDI
James Rodriguez-Audi Q7 3.0 TDI
Iker Casillas-Audi Q7 3.0 TDI
Sergio Ramos-Audi S8
Karim Benzema-Audi Q5 3.0 TDI
Toni Kroos-Audi S7 Sportback
Keylor Navas-Audi Q7 3.0 TDI
Javier Hernandez-Audi Q7 3.0 TDI
Marcelo-Audi Q7 3.0 TDI
Pepe -Audi Q7 3.0 TDI
Luka Modric-Audi Q7 3.0 TDI
Isco -Audi Q7 3.0 TDI
Sami Khedira-Audi Q7 3.0 TDI
Raphael Varane-Audi SQ5 3.0 TDI
Jese Rodriguez-Audi A5 Sportback 3.0 TDI
Nacho Fernandez-Audi Q7 3.0 TDI
Dani Carvajal-Audi SQ5 3.0 TDI
Alvaro Arbeloa-Audi SQ5 3.0 TDI
Fabio Coentrao-Audi Q7 3.0 TDI
Asier Illarramendi -Audi S3 2.0
Dani Pacheco-Audi S3 2.0
Carlo Ancelotti-Audi A8 3.0 TDI

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!